Monday 26 December 2011

Happy Sweet 19th

Assalamualaikum..

Hmm..rasa mcm dah bersawang dah belog ni..tak nyempat nak hupdate.. =.=''.

Entri kali ini di buat khas utk my dearie friend yg nun jauh di sana yg menyambut hari lahirnya jauh dari keluarga dan sanak sedare..heee..

Dear Ain, (ehemmm, i batuk skit )

Happy Birthday to you honey bunny sugar plum.. *lagu strawbwry shortcake. the rest lyrics u smbung sndiri hehe. Semoga Allah murahkan rezeki, berikan u ketenangan hati. Jaga diri elok2. I dari jauh hanya mampu mengirimkan doa dan rindu *amboi!  rinduu.. Org doakan Ain berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. 19th baru yaw! Org dah nak doploh tahun dah.. Untunglahhhh lahir bulan 12.. haha.

 Grow up and be matured. haha.. Tapi kekal kan style blur2 Ain tu bcoz that is NUR AIN YAZIZ..ngehee.. Dah taktau nak ckp ape dah tp jaga diri &blajar rerajin.. Org dah nak final dah ni so ingatlah daku dalam doa mu..ececeh..Love You!

HAPPY BIRTHDAY AIN!


Truly missing you like crazy,
 AmaSya

Thursday 8 December 2011

Doa untukmu


Tuhan tolong lembutkan hati dia 
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sggup
Kerna ku tak mampu 
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan ku tahu banyak dosaku
Hanya inagt Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya cinta ku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

 Tuhan lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
 Kerna ku tak mampu
Hudup tanpa dia di sisi ku



p/s: act. ni lirik lagu Ombak Rindu. tp lirik ni mcm tak kena dgn tajuk so I tukar title dia. hehe.suke hati jep. lirik lagu dia sgt menyentuh perasaan. bila tgk crita lagu ni buat jd lg sebak. I tak nanges tgk cerita ni ok! Cuma time Aaron Aziz menangis  je buat i rasa sebak terharu .eheh.

Sunday 4 December 2011

3 Days 2 Nights

Assalamualaikum..

Tajuk entri pon dah mcm rancangan Korea dah..Ceycey.. :p
I just come back from Sg Lembing yesterday. Kena pergi camping weyh.. I pilih Sg Lembing sbb I rasa kt Sg Lembing lagi ekstrem. Nak ekstrem sgt kan. Hambik kau!! Ni rasa pinggang ke kaki nak tercabut dah ni. Ngeh3.

Aktiviti takdeklah bnyk kan. Biasa2 je. Tp percayalah sangaaat best!!

Sabtu, seawal 8.00 pg we all bertolak utk panjat Gunung..ok bukan gunung tp bukit.ngehee.. Jgn pandang rendah walaupun nama dia just ‘bukit’ . Tahap keterseksaan nak naik ke puncak tanpa ada tangga amatlah menguji bukan fizikal je tp mental skali. Dahlah kena bwak beg yg biasa org naik bukit bwak beg tu tu.Besar dan berat gila. I bawak 50 minit je then rasa nak pengsan so trus bagi kat Kak Jiha pulak bwak.Then ganti2 lah dgn group member yg lain.Tgah  mendaki tu pon rasa mcm nak give up je. Tp semangat nak smpai atas tu kuat akhirnya sampi. *Clap clap. Eh , lupa nak bgtau nama Bukit yg we all daki tu nama dia Bukit Panorama. Sebelum smpai puncak Panorama tu we all kena naik 3 bukit kecil dulu. Fuh.. Mencabar gila seyh. Dia punya kecuraman Allah je yang tahu. 60° ada ,30° ada, yg menghampiri 0° pon ada. Mmg memanjatlah. Tp bila smpai puncak dia sgtlah puas hati.. Lebih kurang 4 jam pendakian baru smpai . Rasa mcm tak percaya I boleh panjat setinggi dan selama tu. Tahniah Amalina Syahira. Haha…. Bila nak turun tu ada tangga dan amek mase 30 minit je . Damn!!  Aku daki lama gila smpai 4 jam turun pakai tangga 30 minit je. Rasa mcm tertipu.. Ngeh. Nak turun tangga pun curam gila. Bila sampai je bawah masing2 mcm ada Parkinson. Kaki terketar melebihi had sbb masa trun tangga kaki terpaksa tampung badan sepenuhnya utk elak dari jatuh sbb tangga tu curam kan..

gambar ni i rembat dari google. ni belum smpai punck lg. ni baru tgah2 jalan.hee
Time daki tu teringat kat 'permata yg dicari'. Ni benda last yg arwah buat.
ni dari puncak Gunung Panorama. that one is Gua Charas. The view was awesome. Ciptaan Allah. Kagum sgt.

ni pon view dari puncak. Sg tu lah yg we all pi mandi. Sgt cantik kot dari atas. Kalau tgk real punya lagi best.


I curi dari blog org pic ni memandangkan we all mmg tak boleh bwak camera. Tp tangga ni lah yg membuatkn kaki we all Parkinson..haha. Tangga dia pon dah curam, so imagine lah time nak daki tu.


Then , malam we all ada Night Walk Treasure Hunt. Peta dgn kompas dia bagi. Mmg kena pandai baca peta dgn kompaslah kan. Group I group 1st kot. Haiah, I punya ketua punya tangan manyak tak nasib baik ma. Dia punya Night Walk, Nauzubillah…sgtlah mencabar mental aku. 1st time night walk I rasa takut gila.. Dgn gelapnya. Dgn torch light dia just bagi satu.  Dgn kena panjat bukit sikit. Kena lalu lereng lombong.  Lalu sebelah rumah kongsi Bangla lagi. Mma pergh lah wa cakap lu.. Takut gila. Pastu kena cari treasure tu kat rumah Inggeris yg dah lama gila. Rumah tu dahlah kena turun bukit sikit then mcm dalam semak. Masa tu dalam hati, I betul2 rasa mcm nak give up je. Tp my team mate is the best. I jadi relaks sbb dey all berani. Padahal masing2 bila smpai camp, bgtau time kat rumah tu dey all ketar kaki tp tgk ahli yg lain mcm berani jd diri sendiri pon berani..Wakakaka. Kalau lah masing2 ckp takut time tu mmg tak masuk dah kot rumah tu. Kurang dari sejam we all smpai ke base camp. Rasa bangga gila sbb dahlah team girls kan pastu tak sesat, pastu smpai cepat, pastu jmpa treasure pulak tu. Bnyak lah kau punya pastu… =.=’’

tahap seram rumah tu lebih kurang mcm ni tp lagi gelap

Before that, petang tu we all pi mandi sungai..hehe. Naik jmbatan gantung semua. Tp I tak mandi just rendam2 kaki smpai lutut je je. takot.. Sorry…bukan I takot air mcm kambing tp my mom bgtau yg sungai tu makan org. My friends habis memujuk suruh I mandi  tp thanks but no thanks. Time dey all tgah mandi bersiram bagai, I just berdoa dalam hati jgnlah jadi apa yg tak elok and Alhamdulillah nothing bad happen and semua happy.

Jambtan gantung. Rasa melayang naik jambtan tu.

Last day, we all kena memasak sendiri. Start dari sembelih ayam sampailah menghidang makanan 100% we all kena buat sendiri. Mcm ’bekwoh’ bak kata org Kelantan , kalau org Nogori ckp, ‘merewang’.  Merewang tu mcm,makcik2 kumpul ramai2 sbb ada kenduri pastu kupas2 bawang, mesin kelapa semua. Best whoah!!.  Then after mkn sesambil nak tggu bas UMP datang amek, ktorang sempat pi Muzuim Sg Lembing lebih kurang 200 meter dari base camp. At last, coach leader, Encik Yusof  bagitau yg we all semua lulus camping di Sg Lembing kali ni. * Clap clap. Berbaloi. Penat lelah terbayar. Enjoy pon enjoy.  Overall, kalau org yg suke ekstrem mcm I ni (eheh, berasa betul) mmg akan ckap camping ni mmg best gila tp kalau yg tak minat lasak2 tu tak sure lah dey all ckp apa kan.  Tp badan mmg sakit2 lah. Kalau solat , time berdiri nak sujud tu mmg agak seksa. Nak berjalan pon mcm seksa. Tp normal lah kan.. Lain kali I akan datang sini lagi nak ajak my besties panjat Gunung Panorama. Hee..  J

f/n: sepatotnya time kitorang camping ni ada pegawai dari UMP yg jaga or selia kitorang tp HARAMMM. . tak nmpak batang hidung pon. Setakat ko datang nak tgk kitorang dlm 10 minit tu baik takyah. Pastu ckp, markah ktorang kat tgn ko. Suke hati je. Kalau ko ikut skali ktorang time panjat bukit tu dan rasa seksa dia sama2 mesti ko tak sanggup nak bagi ktorang A- pon sbb  mmg ktorang layak dapt A.Encik Yusof sendiri pon ckp sepatuntya ada peg yg ikut daki bukit, ni serah bulat pada pegawai camping tu. Encik Yusof pon tak setuju dgn cara pengurusan, walaupon dia tak ckp straight to the point kat we all tp ayat perli dia tu mmg kitorang paham.Klau nak kondem pengurusan mmg banyak benda boleh kondem tp sabor je lah. Ada hikmah di sebaliknya.. InsyaAllah. Btw, Encik Yusuf tu sgt baik. Walaupon tegas gila, tp boleh nmpak dia caring and loving gila. Banyak lah kau punya gila. Biaslah, dia army kan . Bila tgk dia, seriously I rindu gila kat abah. Nak menangis rasa. Tsk..tsk.. Semoga abah sentiasa dicucuri rahmat Allah. InsyaAllah.. Amin 

Tuesday 29 November 2011

the best experience.

Assalamualaikum..

I baru je smpai UMP 1 jam yg lalu slpas seharian meronggeng di KL. Knape KL? Jap.. before that, I nak tanya. Agak2 kenal tak ni apa?


Ok. Siapa yg tak knal sila masukkan MYKAD anda ke dalam blender dan sila blend nya sehingga halus.Anda tak layak jadi warganegara Malaysia..haha..

Yes, I went to Bangunan Parlimen. I'd been to Dewan Rakyat and Dewan Negara yaw!! Siap dapat merasa duduk kat kerusi Senator lg.. Ngehee.. New experience. Ingatkan mmg nak amek gmbar dlm parlimen. Tp mmg tak boleh bawak ah benda2 alah mcm phone or camera.

Seronok jugak tgk org bersidang & berbahas tu semua. Bila masing2 berebut nak berckp kat mic mmg klakar kot. Mcm budak- budak.. Nyiahahaha.. Time I smpai tu, Ketua Pembangkang tgah duk bg hujah2 dia. Tp I mengaku, dia mmg pandai berckp.. No wonder lah Tun Mahathir pun kagum dgn kebolehan dia berpidato or berckp tu semua.

Ok. I'm veeeeryyy tired rite now.. Mata pun separuh terbuka, so I just upload je lah pic. Tak daye nok berleter doh.. OK. Enjoice!! ^.^

kena tunggu giliran utk amek gambar kat logo tu. +.+


I dgn MT SeMAMPAN..It stands for Sekreteriat Majlis Mahasiswa Anak Pahang. Ni lah penaja utama..hehe..

I also don't know why I'm too happy.. tak happy pon sengih tu propa je. =.=''

Penyata ni semua ahli parlimen dapat. Apa yg dah diusulkan akan di tulis dlm penyata dan dibahaskan. I'm lucky bcoz I've got one.. 

p/s: sy penat tunggu msj awk tahu tak? kecik hati mcm ni. huargh!!

Sunday 20 November 2011

#




GIRL'S LANGUAGES :

If She Don't Text You :
-Its Because She's Waiting For You To Text Her

When She Walks Away From You Mad :
-Follow Her

When Shes Quiet :
-Ask Her What's Wrong

When She Ignores You :
-Give Her Your Attention

When She Pushes YOU AWAY :
-Pull Her BACK

When You See Her Crying :
-Wipe Her Tears & Ask What's Wrong

When She Says Go Away :
-Just Go Close To Her & Give Her Hug


sweet... tapi takleh buat seyh.. harommm.. ngee :)

Friday 11 November 2011

Film Review: #1

Assamualaikum.. J

What’s up guys??ngee.. Sekarang ni, smua student universiti tgah menghabiskan sisa2 cuti mereka . UPSR dah berkurun habis. PMR students dah goyang kaki. SPM candidates je yg sekarang ni yg sibuk gila smpai jln pon dah tak pijak tanah dah. Dah tak lama dah nak exam.. Gud Luck yaw!! Especially to my bro.

Nampak tajuk entry pon dah tau nak ckp pasal apa kan. So, baru2 ni I pergi tgk wayang. At first, we started with IN TIME. Masa nak beli tiket tu, dia mintak ktorang punya student card. Memasing memandang antara satu sama lain sbb tak pnah org mintak student card time nak beli tiket wayang utk dpatkan less.. New experience. 

Okey. Back to the main point. IN TIME. Pada I cerita yg lain2 dari yg lain. WHY?? Sebab dia menceritakan tentang penduduk dunia yg mana bergantung pada masa utk hidup. Dalam cerita ni, kita dpt tangkap maksud ‘Time Is Money’ . Ngeh. Sebab mmg diorang gunakan masa tu sebagai duit dan juga nyawa.  Setiap org pada masa tu akan ada jam dekat tgn dey all.I mean the watch was on their skin since they were born. Jam tu akan bermula bila dey all berumur 25 tahun dan muka dey all akn kekal muda mcm 25 tahun walaupon dey all dah 100 tahun as long as masa kat tgn dey all tak habis klau tak nyawa dey all akan tamat jugak..Nak cerita kat sini pon mcm complicated.  Tp bygkanlah, nak bayar bil elektrik, harga dia 2 bulan, so kena bayar guna masa yg ada kat tgn tu..Klako. Tp cerita ni mmg style. Lain dari yg lain. Bygkanlah anak perempuan gi rompak bank ayah sendiri lpas jumpa lelaki yg tak smpai seminggu di kenali.. Bongek. Menderhaka betol.Hahaha.. Tp line Justin Timberlake yg I paling suka time dia ugut one lady ni, ‘Your money or your life? But since your money is your  life so you don’t have choice.’  Ngee. Cerita ni I boleh bagi 3setengah bintang out of 5. Okeylah dari takdek..hehe

Jam kat tgn Justin tu lah yg I maksudkan. Bak kata Trah, Justin tak ensem mana pon tp dia ada aura..haha. Trah memang bab2 gini..

Lpas tak puas hati tgk 1 movie je, ktorang decide nak tgk satu lagi movie. Jadi ktorg buat pelik tgk cerita kartun.. Ngehee. We choose THE ADVENTURES OF TINTIN. Kitorang antara manusia terawal di Malaysia yg tgk cerita ni.eheh.  For the first 10 minutes of the movie, I tak mengikuti cerita dia sangat. KENAPAKAH?? (penghancur BM.haha). Because I was amazed by the computer animation ciptaan manusia itu. Detail gila . Mcm tgk manusia betul. Dgn kedut2 kat muka. Dgn gerak badan semua. At first, I tgk iklan kat tv, I ingat manusia tp bila tgk sekali lagi, kartun ghupenye.. Tp mmg terbaikkk lah..  Nama pun cerita adventure so mmg adventure lah jln cerita dia dan sangattt kelakar.. Seriously.. Ktorang ketawa mmg tak egt ape dah. Dah lah panggung kosong jd agak bergemalah suara ktorang.  Cerita dia pasal seorang reporter, nama dia TINTIN  yg dah biasa bongkar misteri, terlibat dgn satu pembongkaran misteri sebuah kapal yg bernama UNICORN. Nak ceritra bnyk2 nanti tak thrill lah pulak. Yedak?? Cerita ni mmg box office di France, Belgium dan UK tp still tak boleh lawan HP:Deathly Hallows Part 2. So, setakat ni Tintin is my favourite cartoon movie. Tehee.. I bagi 4 setengah bintang. Ambik nak engkau.. kalah Justin Timberlake lawan dgn Tintin si kartun. Nampak sgt tak matang sbb suka kartun.Hahahaha..

Captain Haddock & Tintin 

Okeylah. Have a nice day yaw! Saje je bergedik nak tulih post review2 movie ni. Hee.. See ya!! Wassalam.. J

p/s: I like the character of  Captain Haddock in TINTIN because he was VERYYY….Hillarious.. hahahahaha.

Wednesday 9 November 2011

Ngee

Selamat Hari Raya Aidiladha oullz!! Mungkin dah sedikit  basi tapi I tak kira nak wish jugak..hehe.. rasanya hari raya kali ni sedikit lain dari tahun2 lepas.. Why?? Nantilah..nak ceritalah ni..

Mcm ni.. hari ahad bebaru ni my mom ckp dia nak buat mkn2 skit.Makan2 ni bukanlah open house yg dibuat secara besar-besaran seperti mahu menyambut menantu..eheh..Biasa2 je lah.Tp bukan mama lah yg masak kan.. Penat lah masak sndri..Haish..

So I dgn sopan santun berbesar hati mengajak a few friends yg sudah lama tidak ketemu seperti Dik Pih & Trah (lama lah sgt konon tak jumpa Trah tu..haha). Then I dpt msj dri trah yg dia akn datng dlm pkul 3 camtu..So mmg perfect timing lah kan..Tgah I leka tgk Nona( sejak bila ntah pndai tgk Nona ni..ngeh), tiba2 Mira Izzati ,my high school’s buddy called me and said, “Ama kitorang nak beraya rumah Ama”. So I said “ Dtglah..”. Then I’ve got message from Dekpih, ‘Ama jap lagi aku smpai.Tgah otw nih.’ Then Mira msj pulak tnye rumah and dlm masa yg sama I nmpak kereta Trah menuju ke rumah I. Okey..skrg mmg tak boleh rileks. Mmg gelabah gila.. Pi cari tudung dlu. Then sarung je.

Okey. I pon salam2 dgn Trah n her mom, ckp2 dgn trah n Trah ckp die  trun 4 kg dok kt Shah Alam. Tu lah kuat sgt berjalan dgn cik abg smpai boleh kurus dah ni..ngeh3..Then Dekpih kol tak jumpa rumah..Ah sudah!! Mmg I kena tggu dey all kat tepi jalan . Satu kerja lagi..haha..So my mom entertain Trah and her parents. Rasa bersalah pon ada jugak sbb I tak dpt nak layan Trah n mak ayah dia time dey all makan tu sbb takkn nak biarkan Dekpih dan rakan-rakan (haha. Skema gile..). so we all pon borak2 lah sbb dah dkat 3 tahun tak borak2 pnjg kan, sesambil tggu Trah n her family makan2 semua. Tp I rasa sedikit kekok lah..taktau lah dorang mcm mana kan.

Then Mira pulak kol tak egt rumah I kat mana . Yelah, last skali die dtg rumah I masa form 4 rasanya.Jd I perlu tunjuk arah sekali lagi..hee..Then mereka2 pon smpai ke rumah I dgn selamat. 2 bijik kereta ok. I sndiri terkejut. Dey all mmg plan nak serang rumah I ke? Hahaha..Tapi mmg kelakar gila. Masing2 mcm tggu turn. Time trah n family makan, Dekpih dgn Afiq neyh tggu kat dpan tv. Pastu , time Dekpih semua mkn, Mira dgn yg lain2 pulak tggu turn nak mkn.. Boleh kata ptg tu I tak berhenti lah. Tak dok diam. Selekeh tudung takyah nak kata lah. Nak cpat kn..Spek I pon melorot sbb peluh .haha. Selekeh.Dah lah pkai spek mcm nerd gila.. Kaler merah pulak tu..haha..

So I dapt jumpa balik member I yg dah lama tak jumpa.. Walaupun sekejap je tp I puas hati. Yg tak leh blahnye Joe lah, ‘ Hish, Ama.. kt skolah muke ka, matrik muke ka, Ump pon muke ka, ni pon muke ka lagi..Bosan aku..’.Kureng btol ko Joe..
Terima kasih lah sbb uollz sudi dtg ke rumah I.. mintak maaf kalau ada terkurang layanan kat mana2. Tp for sure uollz sume kenyang datang rumah I kan..hee. nanti dtglah lagi eh..hee. J
Pic Dekpih dgn Afiq I tak smpat nak snap..hehe

p/s: rasanya tak terlambat lagi nak ucap congratulations kat Kak Maria sbb Datuk dah proposed dia.So sweet..I doakn uollz cpat2 kawenn..Ngeee.
btw, seriously I hope Beela n Ain were here with us last Sunday.. huuu..and key chain yg bel buatkan utk ktorg tu comel! Terharuu.. tsk3.tenkiuuu.

Wednesday 5 October 2011

I miss you

Abah
Hari ni genap setahun abah pergi tinggalkan kami. Setahun ini juga kami lalui tanpa abah. Kali pertama kami beraya tanpa abah.
Kakak terkilan sebab abah tak sempat nak hantar kakak masuk univesiti. Dan ya, sekarang kakak budak u yg bercita-cita utk mendapatkan 1st class honour degree 4 tahun akan datang. Teringat hari pertama kakak daftar u. Tgk sekeliling semua org, ayah sebelah kiri mak sebelah kanan, tp kakak? Kakak tgk org lain, ayah masing-masing hantar barang ke bilik ,kakak mampu tersenyum sambil menahan air mata, sedih.. Kalau abah ada , mesti abah tolong pasangkan cadar utk kakak sama macam mula2 kakak masuk Seri Kuantan dgn KMPh dulu kan?

Rasa macm baru lagi abah pergi sebab kat rumah ktorang selalu mention nama ABAH. Mama selalu igtkan , ‘Kakak dgn adik2 je yg dapat tlg abah dgn mama kat akhirat nanti. Doalah utk abah.Jdlah anak soleh solehah’. InsyaAllah ma..

Kakak tak pernah tgk mama menangis kecuali setahun lepas walaupun segala tanggungjawab jatuh kat bahu mama.. Mama terlalu kuat. Kata mama, ‘ Kita rasa kita susah, tp ada org yg lagi susah dari kita . Apa yg berlaku pasti ada hikmah’. Semakin tabah dan matang diri ini. Betul lah org kata, kesulitan membuatkan manusia lebih matang dan tabah.

Abah

Sampai hari ni, setiap kali org sekeliling sebut pasal abah, kakak tak dpt tahn air mata dari mengalir. Sebak..
Kan bagus kalau abah dpt baca apa yang kakak tulis.Tp mustahil kan? Grow up lah Amalina Syahira. Mcm budak2.huu.. Kakak akan jga mama dgn adik2. InsyaAllah..

“ Ya Allah, kau tempatkan lah abah antara org yg beriman. Lapangkan dan terangkan kubur abah Ya Allah. Ya Allah, kau ampunkan lah segala dosa abah, sesengguhnya Kau lah Maha pengampun. Ya Allah, Kau jdkanlah aku anak yg solehah dan harta berguna untuk ibu bapa ku di akhirat dan rahmatilah mereka sentiasa . Amin..’

Ya Allah kenapa air mata ini masih belum mahu berhenti?
Tabahlah wahai jiwa
Sabarlah wahai hati.

KAKAK
05102011 


Abah, kakak rindu kat abah sangat.. sangat..

Tuesday 4 October 2011

My Jadual: Nagging Version



4 Oktober              
Meeting AJK Cakna Komuniti Chest kali pertama pkul 8.30.tp bila pergi baru 3 kerat yg sampai.semanagt jaln laju takot lambat. Hish.. skema btol aku.

5 Oktober
Ceramah TITAS yg telah mengganggu petang RAbu ku tg spatotnye FREE..argh
Sesi dialog dgn dekan FKKSA  +  Program Soft Skill + Meeting Bridged siswa.. Semua wajib. Semua pkul 8.30..okeh, kita kerat badan jd 3!..haih..nak gi mne se tahu..sakit hati btol derr..

6 Oktober
Meeting semampan( Majlis Mahasiswa Anak2 Pahang) 8.30 malam,

7 Oktober
Biarpun takdek klas pagi, tapi di paksa rela oleh klasmate utk membawa mereka ke Gambang WaterPark n Bandar Kuantan .* kena jadi driver.. =.=’’’
Meeting AJK Cakna Komuniti kali kedua.9.oo mlm* sila bersedia dgn kerja yg menimbun..

8 oktober
Program Aspirasi Kimia.sehrian.paling geram die bwat kat pntai sepat yg mana hanya 10 minit dr rumah. Saje bg aku sakit hati sbb tak dpt balik..

9 oktober
NAK TIDOR DAN ONLINE DAN MOVIE..

ada tangan banyak tak guna jugak sebab  otak tak boleh fikir nak bwat yg mana satu sbb tu Allah S.W.T bg sepasang je.  :]

Sunday 2 October 2011

Doaku

Astaghfirullahhalazim..

sekarang makin cepat naik anginnya, semakin cepat emosinya, semakin lancang mulutnya berkata, semakin kuat perengusnya.

MasyaAllah....
Ya Allah...
Jgnlah kau lalaikan hati hambaMu ini. Jgn di pesongkan hati ini sehingga membuatkan SYAITAN bersorak gembira.
Taburkanlah secebis sifat Ar-Rahim Mu agar diri ini mengasihi setiap makhluk di dunia ini. Jgn ada benci. Siapakah aku untuk membenci makhluk ciptaan Mu?
Aku pohon Ya Allah, jdkanlah aku muslimah yg tinggi kesabarannya, di kuatkan imannya...

Amin...

Mulianya wanita kerana kesabarannya.
Agungnya wanita kerana keimanannya..


Jadikanlah hambaMu ini, Ya Allah..salah seorang wanita yang mulia dan agung itu. Aminn.

Friday 30 September 2011

Ceritera : [

Ceritera ni tidak berapa menarik. Sila tkan [X] jika tak sanggup nak bace.

Pada satu hari, si anak dara menelefon mamanya utk bertanya khabar.

Panggilan pertama

Anak dara: Assalamualaikum mama..tgah buat ape? Dah mkn belum? (Bertubi-tubi soalan  ditanya)

Mama: Belum lagi. baru lepas org bagi taklimat ni. Mama nak gi mkn lah ni.Nak beratur dlu. Kakak    nak cerita apa? Jap lagi mama kol smula lah, mama nak mkn. Makanan best ni. ( Kebetulan mamanya sedang berkursus di sbuah hotel ada nama di Kuantan)

Anak dara: Hmm.keh.( dengan hampanya anaknya menjawab)


Panggilan kedua (keesokkan harinya)

Mama: Kakak nak cerita ape smalam?

Anak dara: Ha..mama egt tak....

Kemudian mak dan anak ini bergossip selama beberapa minit.

Anak dara: Mama. Minggu ni kakak tak balik.next week pon.next2 week pon.next3 week pon.ada aktiviti lah.camping, program, main congkak, main masak-masak..erkk

Mama: okeh.baguslah

Anak dara: Hah? (pelik dgn reaksi mamanya yg selama ini sgt suka kalau dia pulang ke rumah)..hmm okeh..


Panggilan ketiga ( 2jam selepas tu sbb tak puas hati dgn reaksi mamanya)

Anak dara: Mamaaaa...

Mama: ape dia lagi kak?ada lagi ke yg tak cerita?

Anak dara: Kakak nak balikkkkk!!!...( dari posisi duduk ats krusi smpai naik ats meja study)

Mama: Haish!! Ape ni.. duduk je lah kat situ..

Anak dara: Mama. Kakak tak boleh balik sebulan lebih.. mcm mana ni??..

Mama: Roomate kakak balik tak? Msti tak kan? So, duduk situ. Study. Aktifkan diri awk tu..Org lain tak balik pon.Dia duduk dkat, sibuk nak balik..ape lah..Kalau roomte awk semua balik baru bgtau mama.

Anak dara: roomte semua balik tu mmg tak lah kan..hmm..ala..okehlah..bubye. Assalamualaikum (perasaan sedih cmpur tak percaya yg mamanya member reaksi sedemikian rupa)

Then roomtenya bertanya
Roomate: Kenapa ??

Anak dara:  Mama tak bagi balik rumah...( agak pelik bunyinya)

Then, satu bilik gelakkannya..haiah..apelah nasib...kesian betul..


P/s : Sila baca ,anak dara = nur amalina syahira.

Sekian..
  btw, walaupun mama dah berubah but I still love you mama..huuu

Wednesday 28 September 2011

Wordless Wednesday

 I'M STARTING TO LIKE YOUU.. Lee Hong Ki.tehee.. >.<  ceh! poyo jep.


f/n: i miss my besties already..

Sunday 25 September 2011

Confession.


I LOVE YOUUU.... HARUMA MIURA!!!  >.<

Please lah..

Attention

Kepada semua pengguna tandas silalah flush after use..Pening tahu tak?? Act like educated people..



footnote: dah letak 'PLEASE' kaler2 dah dgn harapan anda2 sekalian memahaminya

Friday 23 September 2011

Must hold a new life

okeh, gambar ni takdek kaitan langsung dgn apa yg nak di cerita.sekian..

Tak reti nak start crita mcm mna.ceh poyo je.haha.

hidup sbgai mahasiswa agak mencabar.sbb ape? sbb semua keputusan ats tgn sndri.kau nak terjun longkang.kau nak bersila tgah jln yg sesak tu semua kau punya pasal.takdek org nak larang.maknanya kat sini  semua kena berdikari.ckp pasal berdikari, memandangkan selama 12 tahun I menjadi student yg sentiasa TERPAKSA mengikut peraturan dan arahan, kita dah jd terbiasa dgn peraturan yg strict. bila dicampak ke tempat yg semua kena buat keputusan sendiri, mulalah semua nak ambik mudah. takdek org nak marah kalau tak pergi klas,takdek org nak berleter kalau tak buat revision. ikutkan nafsu mmg lah nak hidup bersenang- lenang kat u ni. Tp bila terfikir satu soalan "Weyh, ko rasa ko boleh grad dgn cemerlang ke 4 tahun akan dtg? ke ko nak repeat sem?" barulah sedar sikit.

Ada org ckp hidup kat u fun.Ada jugak yg ckp hidup kat u ada bnyk masa tak mcm masa nak SPM dgn matrik dulu, jln pon mcm dah tak cukup tanah sbb semua benda nak kejar masa. But for me; freshie yg baru 2 minggu start kuliah ni, kat semua tempat yg kita duduk kita sendiri yg create enviroment. Kalau kita rasa kita nak jd org yg punctual gila dgn masa dan dlm masa yg sama hidup agak releks n fun kita boleh buat. Tak kan nak hidup stress memanjang.Tak pon nak hidup 3K.Kuliah.Kafe.Katil.then sekian.mcm tu je hidup? mmg tak best lgsg gitu.tp jgnlah nak fun fun sgt kan..fun tu tak bolah nak bagi ko A in Mechanic Engine or ODE pon.


InsyaAllah.rasanya boleh nak sesuaikan diri dgn dunia baru ni. masih belajar menyesuaikan diri dgn kelas yg habis bila azan Maghrib berkumandang..ngeh.kena rajin study lah.dgn course yg agak susah ini. igtkan pure chemical tu lagi susah tp sebaliknya..redha je lah. there was a HIKMAH for everything happened kan. Allah dah janji jd mesti PERCAYA. hee..

finally, minggu ni merupakan minggu yg agak sibuk utk student first year.can you imagine that u have to attend 2 program at one time..mmg dia nak suruh kerat lah badan ni kan.penat yg teramat.so ada masa free mmg dihabiskan utk TIDO. haha..

penat + boring.. mulalah start mintak cerita Korea dgn roomate yg l00x ganda gila Kpop dari aku..haha


p/s: mula- mula ingat nak cerita pasal che det dtg ump dgn freeze program tp melencong.haha.btw, kalau nak tahulah kan kelmarin I tak pergi taklimat Safety for Chemical Lab sbb penat.haha.*ckap je lah malas.tak payah nak cover sgt..ngeh.but yeah. I pergi ke tak who cares?? grenggg..tp agak lega bila member ckp takdek ape yg vital pon yg die bgtau. =D

sekian.salam syg.cinta.rindu. =P

Monday 12 September 2011

MINDS: We are proud to be UMPians.. :)

Assalamualaikum dan salam satu UMP.greng3.

Yes! I'm UMPians now.Hari ni baru ada peluang nak menconteng,,kelas pkol ODE 2-3ptg je.ehee..Last week was the most tired week after I had a holiday for almost 5 months.Tu lah kat rumah kerjanya tido dgn makan je, sekali kena ragging haa..terkujat.

Jangan nak bebel panjang2 sgtlah kan..Actually post kali nak tulis pasal minggu MINDS semata.MINDS mean, Minggu Induksi Siswa.Canggih gila nama..eheh..Selama 7 hari berorientasi, takde satu hari pun miss amek gambor..Camwhore lah kununn.haha..Atas khidmat telefon bimbit Sony Ericcson maka gambar pun tertangkap..Just enjoy da picta and da long description..hee.. ^.^

DAY 1
with mama after the registration.ehee.

Then, angkat barang sume smpi basah ketiak.eiii..then, baru kemaskan barang. Malam tu ada taklimat MINDS.

DAY 2
eksaited gila dpt jupe Ewa..haha

Ewa pnye fakulti dkat Pekan sbb fac dia dah dipndahkan ke sana.Since the Perasmian Minggu MINDS was held at Gambang, so all the new student come to Gambang Campus.Naib Canselor yg merasmikan majlis ni. Baju hijau tu baju korperat UMP utk batch ktorang.Dah mcm baju Petronas dah..eheh.Mlm tu ada sesi dgn MPP.Diorang semua sporting gila we have a good time..

DAY 3
sempat lagi amik gambar

 Ada sesi ambik gambar n serah dokumen.Petang dgn malam ada bla..bla..bla..  session.Mmg bosan tahap petala ke 8. Macam-macam jenis gaya tidor memasing.Nasib takda kuak lentang..Hiperbola sikit..eheh.

DAY 4
sebelum Ikrar Mahasiswa

Masih dgn syarahan yg berjela dan yg paling penting ialah Ikrar Mahasiswa.Jd dgn rasminya kami ialah student UMP.

random.tak igt bila.




DAY 5 & 6
          solat kat astaka.bila dgar astaka boleh byg panas dia mcm mana tp astaka ni best! ada air cond. gitu selok..haha                                                             

semua fasi atas stage buat pingu dance. kita biasa dgar chicken dance je kan?.yg ni lg comel.lagi2 abg fasi yg tu..ehemmm..haha

Takyah crita pnjg mmg bosan dgn taklimat sepanjang hari tp masa ptg mmg fun sbb ada senam aerobik..Semua sporting sbb abg conductor tu suruh gelek dangdut pon semua ikot..hee..

DAY 7

The last day was most interesting part. Ktorang ada khidmat masayarakat. I kena dkat SMK Gambang. Then, ada kenduri mkn dkat Kg. Seri Fajar.Kecik je kg dia.Seekor lembu ditumbangkan and the selected student joined memasak dgn org kg..Seronok.. ^.^ . Mlm tu ada Malam Kebudayaan & we had fun..hee

hasil kerja kami kat SMK Gambang yg tak seberapa..sila ignorekan 'membaca' yg senget tu.tak tahu lah sape adjust nye.teettt..haha.

kat Kg Sri Fajar lepas mkn kenduri.. :). sengih cover padahal tgah menahan panas terik. puihh


Kesimpulannya, ktorang seronok walaupun teramatlah letih sbb kena kejar masa smpai skru kaki rasa nak terpelanting keluar dr sendi.(bapak menipunye), tdor lewat bgn awal, mkn tak sempat & main telan je nasi tu. Nsib tak sembelit.Eiii,grosss. haha..Ktorang hargai pengorbanan fasi yg korbankan 3 bulan cuti diorang utk ktorang.. So far fasi semua baik tp adalah sorang dua yg...haih. Sabar je lah. Tp biasa lah tu. Chill lah kan..Peace..

Then, bila ada free time dlm dewan, fasi bukak video Matlutfi & AnwarHadi pastu aku rasa aku sorang je yg excited..haha..Selokk.Padahal dah tgk.Then kat sini, time senggang diorang suka buat tarian Ayumi..Terus teringat kat SHAKS & Cikgu Roziah.hee..

To all my friends..yg dkat UMP,UiTM,UTM,UPM,UNIMAS,USM,UTHM dan lain2 (taklarat ah nak tulis 20 u yg ada kt mesia ni) ataupun yg nak terbang blaja jaoh2 tu, semoga uollz berjaya menempuhi hidup sebagai seorang mahasiswa/i. Doakan kejayaan saya ya.Semoga sy dapt grad 4 tahun akan datang(tkot sgt kalau tak dpt). InsyaAllah boleh.. Kalian semua sentiasa dlm doa saya..


p/s: dah mula rasa sayang kat UMP..ececeh..

Saturday 3 September 2011

hope our dreams comes true..

Selamat berjuang mengejar cita-cita tak kira kat mana uollz ada kat mana,belajar kat mana especially utk sahabt-sahabt ex-SHAKS & ex-KMPh 10/11 .I doakan uollz berjaya..Hamblumminallah hablumminannas. Jaga keduanya, InsyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat.Ukhuwah fillah abadan abada. InsyaAllah. Much loves..

make ur' dream comes true :)



p/s: sempena hari raya nak mintak maaf kalau ada buat salah silap.. peace..eheh

testing..testing..

Fuhhh!!. Finally I have my own blog page.Haha..org lain follower dah berkoyan aku baru nak buat.Lambat sungguh lah.Tak apa lah.better late than never kan..cecey..
happy lah sgt konon..