Sunday 4 December 2011

3 Days 2 Nights

Assalamualaikum..

Tajuk entri pon dah mcm rancangan Korea dah..Ceycey.. :p
I just come back from Sg Lembing yesterday. Kena pergi camping weyh.. I pilih Sg Lembing sbb I rasa kt Sg Lembing lagi ekstrem. Nak ekstrem sgt kan. Hambik kau!! Ni rasa pinggang ke kaki nak tercabut dah ni. Ngeh3.

Aktiviti takdeklah bnyk kan. Biasa2 je. Tp percayalah sangaaat best!!

Sabtu, seawal 8.00 pg we all bertolak utk panjat Gunung..ok bukan gunung tp bukit.ngehee.. Jgn pandang rendah walaupun nama dia just ‘bukit’ . Tahap keterseksaan nak naik ke puncak tanpa ada tangga amatlah menguji bukan fizikal je tp mental skali. Dahlah kena bwak beg yg biasa org naik bukit bwak beg tu tu.Besar dan berat gila. I bawak 50 minit je then rasa nak pengsan so trus bagi kat Kak Jiha pulak bwak.Then ganti2 lah dgn group member yg lain.Tgah  mendaki tu pon rasa mcm nak give up je. Tp semangat nak smpai atas tu kuat akhirnya sampi. *Clap clap. Eh , lupa nak bgtau nama Bukit yg we all daki tu nama dia Bukit Panorama. Sebelum smpai puncak Panorama tu we all kena naik 3 bukit kecil dulu. Fuh.. Mencabar gila seyh. Dia punya kecuraman Allah je yang tahu. 60° ada ,30° ada, yg menghampiri 0° pon ada. Mmg memanjatlah. Tp bila smpai puncak dia sgtlah puas hati.. Lebih kurang 4 jam pendakian baru smpai . Rasa mcm tak percaya I boleh panjat setinggi dan selama tu. Tahniah Amalina Syahira. Haha…. Bila nak turun tu ada tangga dan amek mase 30 minit je . Damn!!  Aku daki lama gila smpai 4 jam turun pakai tangga 30 minit je. Rasa mcm tertipu.. Ngeh. Nak turun tangga pun curam gila. Bila sampai je bawah masing2 mcm ada Parkinson. Kaki terketar melebihi had sbb masa trun tangga kaki terpaksa tampung badan sepenuhnya utk elak dari jatuh sbb tangga tu curam kan..

gambar ni i rembat dari google. ni belum smpai punck lg. ni baru tgah2 jalan.hee
Time daki tu teringat kat 'permata yg dicari'. Ni benda last yg arwah buat.
ni dari puncak Gunung Panorama. that one is Gua Charas. The view was awesome. Ciptaan Allah. Kagum sgt.

ni pon view dari puncak. Sg tu lah yg we all pi mandi. Sgt cantik kot dari atas. Kalau tgk real punya lagi best.


I curi dari blog org pic ni memandangkan we all mmg tak boleh bwak camera. Tp tangga ni lah yg membuatkn kaki we all Parkinson..haha. Tangga dia pon dah curam, so imagine lah time nak daki tu.


Then , malam we all ada Night Walk Treasure Hunt. Peta dgn kompas dia bagi. Mmg kena pandai baca peta dgn kompaslah kan. Group I group 1st kot. Haiah, I punya ketua punya tangan manyak tak nasib baik ma. Dia punya Night Walk, Nauzubillah…sgtlah mencabar mental aku. 1st time night walk I rasa takut gila.. Dgn gelapnya. Dgn torch light dia just bagi satu.  Dgn kena panjat bukit sikit. Kena lalu lereng lombong.  Lalu sebelah rumah kongsi Bangla lagi. Mma pergh lah wa cakap lu.. Takut gila. Pastu kena cari treasure tu kat rumah Inggeris yg dah lama gila. Rumah tu dahlah kena turun bukit sikit then mcm dalam semak. Masa tu dalam hati, I betul2 rasa mcm nak give up je. Tp my team mate is the best. I jadi relaks sbb dey all berani. Padahal masing2 bila smpai camp, bgtau time kat rumah tu dey all ketar kaki tp tgk ahli yg lain mcm berani jd diri sendiri pon berani..Wakakaka. Kalau lah masing2 ckp takut time tu mmg tak masuk dah kot rumah tu. Kurang dari sejam we all smpai ke base camp. Rasa bangga gila sbb dahlah team girls kan pastu tak sesat, pastu smpai cepat, pastu jmpa treasure pulak tu. Bnyak lah kau punya pastu… =.=’’

tahap seram rumah tu lebih kurang mcm ni tp lagi gelap

Before that, petang tu we all pi mandi sungai..hehe. Naik jmbatan gantung semua. Tp I tak mandi just rendam2 kaki smpai lutut je je. takot.. Sorry…bukan I takot air mcm kambing tp my mom bgtau yg sungai tu makan org. My friends habis memujuk suruh I mandi  tp thanks but no thanks. Time dey all tgah mandi bersiram bagai, I just berdoa dalam hati jgnlah jadi apa yg tak elok and Alhamdulillah nothing bad happen and semua happy.

Jambtan gantung. Rasa melayang naik jambtan tu.

Last day, we all kena memasak sendiri. Start dari sembelih ayam sampailah menghidang makanan 100% we all kena buat sendiri. Mcm ’bekwoh’ bak kata org Kelantan , kalau org Nogori ckp, ‘merewang’.  Merewang tu mcm,makcik2 kumpul ramai2 sbb ada kenduri pastu kupas2 bawang, mesin kelapa semua. Best whoah!!.  Then after mkn sesambil nak tggu bas UMP datang amek, ktorang sempat pi Muzuim Sg Lembing lebih kurang 200 meter dari base camp. At last, coach leader, Encik Yusof  bagitau yg we all semua lulus camping di Sg Lembing kali ni. * Clap clap. Berbaloi. Penat lelah terbayar. Enjoy pon enjoy.  Overall, kalau org yg suke ekstrem mcm I ni (eheh, berasa betul) mmg akan ckap camping ni mmg best gila tp kalau yg tak minat lasak2 tu tak sure lah dey all ckp apa kan.  Tp badan mmg sakit2 lah. Kalau solat , time berdiri nak sujud tu mmg agak seksa. Nak berjalan pon mcm seksa. Tp normal lah kan.. Lain kali I akan datang sini lagi nak ajak my besties panjat Gunung Panorama. Hee..  J

f/n: sepatotnya time kitorang camping ni ada pegawai dari UMP yg jaga or selia kitorang tp HARAMMM. . tak nmpak batang hidung pon. Setakat ko datang nak tgk kitorang dlm 10 minit tu baik takyah. Pastu ckp, markah ktorang kat tgn ko. Suke hati je. Kalau ko ikut skali ktorang time panjat bukit tu dan rasa seksa dia sama2 mesti ko tak sanggup nak bagi ktorang A- pon sbb  mmg ktorang layak dapt A.Encik Yusof sendiri pon ckp sepatuntya ada peg yg ikut daki bukit, ni serah bulat pada pegawai camping tu. Encik Yusof pon tak setuju dgn cara pengurusan, walaupon dia tak ckp straight to the point kat we all tp ayat perli dia tu mmg kitorang paham.Klau nak kondem pengurusan mmg banyak benda boleh kondem tp sabor je lah. Ada hikmah di sebaliknya.. InsyaAllah. Btw, Encik Yusuf tu sgt baik. Walaupon tegas gila, tp boleh nmpak dia caring and loving gila. Banyak lah kau punya gila. Biaslah, dia army kan . Bila tgk dia, seriously I rindu gila kat abah. Nak menangis rasa. Tsk..tsk.. Semoga abah sentiasa dicucuri rahmat Allah. InsyaAllah.. Amin 

1 comment: