Assalamulaikum w.b.t
Aku taknak kasi ucapan pendahuluan nak
komen pasal berapa lama aku tak post entri. We go straight to the actual thing I wanna
talk about.
Yeah. Memang entri ni akan cakap pasal
disebalik the conjuring. Alaa.. cerita hantu yang sebulan box office kat
pawagam tu. Satu-satunya cerita hantu omputih yang berjaya tarik aku tengok kt
pawagan. Dua kali aku pergi tengok okey. Hahahaha.. Cakap pasal sebalik- sebalik
ni, aku tertarik dgn director cerita ni sbnarnya. James Wan. Kira dia di
sebalik cerita ni lah kan. Org duk bising kata dia ni pengarah dari Malaysia.
Sejujurnya sebelum cerita The Conjuring ni dikipas habis masa promotion cerita
ni, kira memamg tak kenal langsung lah James Wan ni. Tp aku salute dgn promotion
cerita ni ekceli sbb tiba-tiba James Wan ni femes. Tup tup kata dia ni
Malaysian. Untuk mengetahui yang mana haq dan batil, aku pun search lah pasal
James Wan. He is Malaysia-BORN Australian GUY yang sangat famous dengan hasil
kerja beliau dalam industri filem antarabangsa. Tp kenapa dia femes sekarang?
Nama beliau sangat sebati lah kata orang dengan filem genre seram+ kejam ni.
Lepas menggoogle pasal beliau aku barulah dapat tahu yang beliau ni lah yang
create cerita SAW. Haah Saw yang korang tengah fikir sekarang ni lah.Idea beliau
lah yg buat Billy puppet yg scary yg berckp nganga tutup nganga tutup tu yang ' I want to play a game' tu.
Jadi aku pun macam ‘WOW’ sbb dia berjaya
pada umur yang sangat muda. Banyak lagi cerita yg agak famous hasil air tangan
beliau macam Insidious. Sekarang dia working on new movie. Katanya Insidious 2
and Fast Furious 7. Wah, mmg hebat anak kelahiran Malaysia. Tp aku tak nak
berbangga dgn nama anak kelahiran Malaysia dia tu. Dia dilahirkan kat Kuching
Sarawak tp membesar di Aussie dan memiliki kewarganegaraan Aussie. Jadi nya tak
boleh nak cop dia anak Malaysia sepenuhnya. Hasil didikan berlatarbelakangkan negara
Australia yg mana sangat boleh di puji cara pembelajrannya dan membesar dengan
keadaan sekeliling di sana membuatkan dia bukan anak Malaysia 100% . Mesti ada yang marah lah aku cakap macam ni.
Pada aku dia bukan macam Datuk Michelle Yeoh yangg mana anak Malaysia yang
cipta nama di antarabangsa. Dengan membesar di Malaysia. Yang tu aku mmg boleh
bangga. ANAK MALAYSIA! Okay lah. James Wan ni mmg Malaysian lah asalnya tp sebab
dia dia menetap di Aussie menyebabkan dia mohon warganegara Aussie. Tp rata-
rata orang cop dia PENGARAH MALAYSIA. Ak usbnarnya bukan nak bengang sangat org
ckp dia pengarah Malaysia tu. Pada aku org macam tu kira x buat homework *ewah
atau mmg suka terima je apa orang sekeliling cakap tanpa usul periksa. Tu lantak
depa lah. Tp yang buat aku baran sebenarnya yang mencemuh tu. Tu yang aku buat
status twitter yang aku rasa buat ramai orang terasa tu. Kata mama aku, kalau
aku tak bercakap takpe. Tp kalau aku bukak mulut mmg mulut aku tajam. Sama maca
aku menulis.
Bukan cemuh apa, aku ada terbaca post kat
twitter yg di RT oleh junior sekolah aku. Tweet dia lebih kurang macam ni lah, ‘Pengarah dari Malaysia
rupanya the conjuring tu patutlah cerita dia hambar bla.. bla.. bla..’ . Mahu
tak menyirap? Bengang betul dengan budak2 sekarang. Dia sbnarnya secara tak
langsung nak kutuk negara sendiri. Pada dia semua hasil tangan orang Malaysia
ni semua mmg buruk busuk lah. Aku bukan nak puji sangat pengarah filem kat
Malaysia ni. Ada yang bagus. Ada yang buat cerita macam sampah! Aku lebih nak
puji penerbit2 filem yang percaya dgn hasil kerja orang muda dan berani buat
cerita lain dr yang lain. Macam cerita KIL. Walaupun cerita tu tak over mana
pun promotion dia, filem tu tetap ada peminat nya sendiri. Sekarang makin
banyak karya indie yang di bawa naskahnya ke layar perak dan mempunyai peminatnya
sendiri . Yang tu aku suka.
Sebenarnya aku sangat pelik dgn mentaliti orang
Malaysia sekarang. Yang dalam Negara nisemua buruk, semua tak cantik. Negara
disalahkan instead of personal. Agaknya dia nak ikut resmi pisang lah. Satu
busuk setandan lah busuk. Jadi semua dibuang. Jangan jadi macam tu. Aku rasa
sempat lagi kita ubah mentaliti kita. Nak ke anak2 kita akan datang jadi cemni?
Tengok? Dengan statement pengarah Malaysia tu memburukkan nama Malaysia. Mmg
James Wan tu Malaysian born tp dia bukan truly Malaysia tau.
Penat ah menaip. Tengok ah kalau aku rajin
aku menaip lagi. Tahun depan ke kan. Haha..
p/s : ekceli nak suruh engkorang tengok
cerita Tanda Putera. Engkorang akan lebih menghargai pemimpin negara. Peimpin negara dulu-dulu maksud aku
Selamat Hari Merdeka!