Tuesday 23 October 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Beneficent and The Most Merciful

I'm busy nowadays with all the assignments, classes, tests, programs and all those Student Representative Council Secretariat works. Busy. Busy. Busy. But Alhamdulillah because with all those stuff it make me become a person. Better person actually in many aspects. That make my life.

I hope my circumstances not distance my relationship with my family, friends and the most important Allah S.W.T. Hope Allahwill always give me strength.

Sorry everyone.
Thanks Allah.




See you when I see you. Lovee..

Sunday 24 June 2012

Roti & Kaya, Teh & Gula


Assalamualaikum w.b.t

  Kabare semuanya? Harapnya waras belaka. Lama gila rasa tak menulis. Alhamdulillah, cuti akhir sem dah start selepas mcm orang gila struggle untuk final. Tapi cuti 3 bulan I kali ni mungkin tak macam kebanyakan kawan- kawan yg lain.

  Lepas je paper last minggu lepas, I ada misi yg perlu di buat. Baru- baru ni, semua org maklum yg diploma student start belajar dan daftar kt uni I, so I sebagai salah seorang fasilitator *ehemmm bertanggungjawab utk memastikan flow yg dirancang berjalan dgn lancar.. FYI,  student dip. hari orientasinya 2 hari je. Takyah nak je sgtla sbb tahap letih dan tensionnya mcm boss suruh siapkan proporsal yg diberi pkul 4 ptg dan kena hantar pkul 8 pg esoknya . Post mortem unit 4 hari berturut and I slept at 3 a.m  and woke up at 5.30 a.m for almost 5 days. Jd tahap kewarasan diri menurun secara mendadak. Tmbah lagi dgn tetiap mlm kena marah dgn fasi senior lain. Pastu lepas kena marah kena paksa senyum dgn ikhlas  pulak tu.Tak ke gilo?? Tp kelegaan lepas budak2 dip masuk tu tkyah kata lah. Rasa mmg terlepas beban kat bahu.

  Tapiii.. haaa..Jgn risau ada lagi tapinya. Ingat lepas Hari Suai Kenal tu kononnya boleh balik rumah rileks2 la kan. Tp I ada kem 5 hari pulak prepare utk intake degree student pulak.  3 hari 2 malam kat Duta Village berkampung. Dengan ceramahnya, tips fasinya, perbincangan gerak kerjanya, pembentangan kat para pegawai lagi. Mmg memerah keringat otaklah, nasib baik dpt duk chalet tepi pantai FREE jd hasil kerjanya berkualiti. Bijak UMP ni bg rasuah. Keh3. Tmbah pulak dinner malam kedua ada kambing panggang. Lagilah kualitinya bebaloi-baloi.  ekeke..

  Lepas tu, we all ada kem jati diri kat Kem Bina Negara Kuala Lipis. Dapat bayang tak keterseksaan kem yg dikatakan mcm tentera tu? Aiyoo.. mula dengar rasa mcm nak quit, tapii..Kem Bina Negara mmg terbaikkk! Tipulah siapa ckp kena ranging tu semua. Jd kita dpt beza antara persepsi dan reality. Bila org kata BTN kita punya persepsi lain tp realiti sebenarnya lain. Ilmu yg dpt mmg berfaedah. Fun gilaa.. Kt BTN nilah first time I buat rapelling. Mmg best lah.Yg paling I suka sekali, I dpt new family and I start to love this family. Fasilitator’s Family. I got new kakak, abang, adik, amoi, apek, tanggeci. Haha.. Kira semualah.  Dey all mmg sporting tahap tak hengat.

  Kt Kuala Lipis we all buat Amazing Race Kuala Lipis. Satu Kuala Lipis we all pusing nyah.. Tak di buat orang nokss. Ahaks. Macam2 benda we all kena buat, termasuklah tangkap & siang ikan keli. I dah lah tak pernah main ikan keli nih. Mmg kejam lah task dia kasi. 4 kali ulang alik lalu Hospital Kuala Lipis, sampai bukan je jalan biasa tp sampai tahap short cut kat pekan Lipis tu pun dah bolah hafal.

  I takleh nak attached pic sbb Willy tak upload kt fb lg. Dia ckp ada thosands pic we all sepanjang seminggu ni. Lain kali, insyaAllah I attached pic sebanyak mungkin. Kulit muka dah terbakar mcm ayam panggang dah sekarang. Jadi I ambik keputusan nak duk rumah je takmau kuar sbb muka hitam. Ngeh. Badan mmg sakit2 tahap tak hengatlah. Kalau tidor sehari semalam tanpa makan minum ni pun belum tentu cukup ni. Penat sangat.
Jadi cukuplah I berleter. Tp kira ok lah sbb I post sebulan sekali je kan. Ekeke.  J

See you when I see you..


We like roti & kaya, teh & gula


Monday 21 May 2012

Ingin mencari pekerja? Klik sini..

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar readers? Ya Allah. Lama gila tak menulis entri. Entri sotong berlada tu pun dah bersawang-sawang da. Haha..

Amacam uollz yg dh nak final? mesti sibuk gila tahap cipan kan? Kita pun sama. Kerja berlambak. Berkoyan. Berkajang. * Nak tunjuk banyak la ni kononnya. HAHA.
Tajuk entri tak leh blah kan? kan? Nak tahu sbb apa? Macam ni, kita smua tahu yg market kini memerlukan pekerja yg boleh membuat banyak tugas dlm satu masa dan hasilnya wajiblah perfect, tiptop dan siap tepat pada waktunya or in other word is multitasker. Jadi I nak iklankanlah diri sendri . Huwahahaha.

Kita buat ala2 resume tentang kebolehan multitask yg I ada. Nyiahahaha.

Kerja- kerja yg perlu dibuat dan tempat yg perlu dihadiri minggu ini dan minggu dpan. (kerja tu termasuklah test & presentation).

- Chemical Lab Test
- Biochemistry Presentation
- Introduction to Chemical Engineering Test
- Basic Biology Test
- Ethnic Relation Assignment
- Statistik
- Bengkel Hari Suai Kenal Fasilitator 2012/2013
- General Meeting Hari Suai Kenal
- Sabtu & Isnin off to Putrajaya bye2 kUanTaN 2 hari I tggal U.

Ok. Ni sahaje. SAHAJEE!! Gila lah. I'M A MULTITASKER. Bagus betul uni I ni. Mendidik dan melatih studentnya menjadi seorang multi tasker. ngehee. So hire me!! kih3. Sudah cukup sudah kau merapu.eceh dah mcm lirik lagu.. nak smbg buat kerja pastu mkn pastu tidor. benda yg dua belakang tu tak prnah lupa .hehe

senyuman ikhlas dr saya dan zahidah. Good Luck Uollzz

Good Luck utk semua rakan2 seperjuangan and my bebigirls (konon nak tiru DenaBahrin) yg kt shah alam, sarawak, tanta, kat c3 ump.haha. eh.eh. awk yg kt sinun pun. Jaga diri. Babai



ni gambar org gilesbb tension. sila tutp dgn tangan sendiri kalau x sggup tgk. 


See u when I see u. :)  Serius rindu korang

Tuesday 3 April 2012

Nyum.Nyum.Nyum

Assalamualaikum. w.b.t

Sihat semua? Hihi..rindu gila kat lappy kt fb kat twitter. 4 hari tak on sbb I pi trekking kt Gunung Arong Mersing..Baru balik semalam. Pengalaman manis yg tak terungkap dgn kata2...Amboii ayatt.. Sbnrnya I dah lama tak balik rumah. Rindu tu takyah nak kata lah. Org duduk KL & Terengganu dua kali balik I skali pun tak balik rumah. Tabah gila. Rasa nak mkn masakn kat rumah tak payah nak kata lah. Mmg membuak-buak..ngeh. So pg tadi I bukak peti. Takdeklah pg sgt tgah hari dah pun.keh3. Tgk dlm peti ada sotong so terus pasang azam nak buat masak sambal sotong.. Dan akhirnya berjaya! Yeay!! Tak kisah lah janji dapat makan nasi kat rumah.haha.

rupa tu dah ok dah kan? rasa je tak tahu lagi. tp percayalah mmg sedap..masuk bakul bawak jenjalan sendiri betul.hee

tu je tujuan post ni hah.haha.post lpas ni InsyaAllah pasal experience I pi trekking.Tggu Lahm upload semua pic kat fb dulu..ngehe..

Ada jodoh kita jumpa lagi okeh. Tata.. >.<

ni I bg intro sikit utk post kan datang. hee  >_<

sebelum habis bicara.ni ada pesanan utk rakan yg tersayang nun jauh di Bumi Kenyalang..Get well soon ya. Jgn bg org kt Kuantan ni risau2. Apa yg jd mesti ada hikmah. InsyaAllah. Percaya janji Allah. Dia bg sakit selalunya kat org yg Dia sayang. InsyaAllah. Jaga diri. Love U. Miss U.

Monday 26 March 2012

Keayuan Kian Pudar

Assalamualaikum w.b.t

Kabare? Waras? Alhamdulillah..hehe Seriously entri kali ni mmg random. Percayalahhh.. * Siti Nurhaliza.

Hari ini rasa malu gila dgn diri sendiri. Dalam kelas Technical English, Madam Ruhil divide us into several group and dia kasi task. Nak jd cerita I nk tanya lah soalan kt sorang budak laki dlm group I so mcm biasalah. ' Eh, KAU.... bla.bla.bla.' habis bertanya. Then tiba2 budak lelaki tu tanya kat I , ' Budak kimia kan? AWAK amik EM sem ni eh?' Nampak tak perkataan yg I bold kn tu? I as a girl guna kau aku dgn dia last dia pggl I awak. Malu gila dgn diri sendiri. Konon perempuan nak tunjuk brutal lah kan. Taknak kalah dgn lelaki. Taknak kena buli. Sekali amik kau! Tp budak lelaki tu gaya dia mcm bukan jenis yg ber'awk saya'. Malu di situ. Hanya Allah SWT je yg tahu.

Malam Sabtu yg I balik lambat tu pun terkantoi dgn senior lelaki yg I kenal time sama- sama jd sukarelawan. Sbb dah kenal so setiap kali jumpa kira tegur- menegur lah kan. Tp I senyum kira style perempuan Melayu terakhir lah kan. Sekali tu time I nak pnjat pagar sbb balik lambat tu terserempak dgn dia sbb dia hntar kawan dia yg nk pnjat pagar jugak. Time tu sbb matlamat dlm kepala kira nak lpas balik bilik je. I pon redah panjat. Habis dah I punya bajet Wanita Melayu tu.. Leburrrr..

Tapi kan biar apa pun org yg tak kenal kita nak judge kita suka hati dey all lah. Janji org yg kenal kita tahu hati budi kita mcm mana. Biar pun brutal, kasar tp dlm hati sbnarnya kita ni lembut penyayang..Yedak? hihi..


member I ckp reaksi I legend.haha.sumpah tak buat dah mcm gini.GILA.

Baik org cakap perempuan Melayu terakhir tak jd dari org ckap kau bajet muslimahhhh..sentap aku smpai sekarang terasa lagi..

Sunday 25 March 2012

Gegirls. Nite . Out

Assalamualaikummmm..

ermmm..k fine. selalu mcm tu bila nak start menulis blog. tk reti nk start mcm mana. Macam ni lah senang. Sekarg tgah prepare nk test before mid sem break. YaAllah, kurniakanlahlah daku ketenangan hati, ilham para malaikat dan hafazan para rasul. Aminnn..

nak jd cerita... semalam tiba- tiba terasa nak kunyah mcm-mcm.Kalau senang nk dpt takpa jugak. Ni terpaksa ke bandar Palma yg indah itu.. On the spot member pi cari kereta sewa. Terbaikk lah u Aliaa..haha. Malam tu jgak keluar.. Sanggup berhabis sbb makanan. Mmg gila lah kau. Plan nak mkn mcm2 ni..Dlm kepala terbyg dah Paratha Hot&Roll menari dangdut.kiki. Apa lagi stesen pertama ktorg ialah ECM laaa..

Ckp bnyk pun tak guna yedak?? Meh2 I tunjuk gmbar BBQ Chicken yg seksi ni. Si Shila mkn Chese Chicken. Aliaa pi tibai Beef BBQ tak silap. mmg nyummeh laaaa..

serius lazat..hihi

Then, Shila nak mkn Crispy Popiah. Yang ni nyummeh jugakk. *ape je tak nyummeh nye kat kau Amalina??

                                                                mkn dgn chopstick tu yg pentingnyee..hihi..

Next, we're heading to TC nak mkn nasi + tomyam campur + kailan ikan masin + sambal belacan + fresh juice..ecewwahh. Nasi I je yg habis licin. Bak kata Shila, ' Kau mmg melantak betul malam ni Ama' hehe..nsiblahh..

Dah kenyang2 pi duduk tepi pantai tgk ombak..Best lah.. Best..Sejam jugak lah lepak tepi pntai tu. Aliaa siap tido lagi kat ats pasir tu. Lena kott..huhu. I dgn Shila borak2, melayan perasaan, tgok bintang smbil igt kat tettt....hish mana ada.korang pk apa ni? I igt kat mama kat rumah laaa..cover weyh cover.hihi.

Then before balik, melantak Mc Flurry lagi..Gila lah kau.GILA!

Ktorg balik lewat. Pagar kolej dah dikunci soooo.. apa lagi panjat laa.. YaAllah apa nak jadi ni. Tnduk dah start nak tumbuh dah. Dulu time sekolah tak cukup buat jahat. Banyak halangan.. ekeke.. Tu jelah nak cerita. Saja nak bnykkn post..ngeh

Okbai. See u when I see u..hehe ^_^







  




Friday 23 March 2012

Me.Love.Mama

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah sudah lama dibiarkan blog ini berhabuk & bersawang. Mlm ni baru dpt hidayah nak post entri..ekekeke.

Mmg mcm2 nak cerita tp kesibukkan menghalang saya berbuat demikian. Ceycey.. Ada sapa2 rindu ke?? ehem..perasanlah kau Ama.. kiki..

Ni post pendek je ni. I found a new song by Maher Zain from his latest album..wuwuwwu.. Number One tajuk dia. Sweet aww aww.. Sy tujukan lagu ni khas utk mama ku yg tersayangg. Mama.. i lebiu, saranghae, aishiteru, wo ai ni. Mmg lagu ni utk insan mulia yg bernama mama, ibu, umi, mummy, mak, omma, okasan dan sebagainya..hihi

Layan yaw layann...


p/s : dulu berangan bakal anak nyanyikan lagu Ummiku Sayang skrg tambah lagi satu lah..* lambat lagi lah tapinyeee..kikiki

Wednesday 18 January 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.
Heee..Lama gila kot tak buat entri baru.. After habis exam pergi ber’cuti-cuti’ Malaysia dgn rakan-rakan seperjuangan. Balik rumah I habiskan masa tgk movie drama semualah. Dalam masa 3 hari I habiskan Heroes Season 4, Criminal Minds Season 7, Atashinchi no Danshi, A Prince Who Turn Into Frog. Hebat tak? Nyiahahaha…

Mostly cerita I tgk mesti ada ‘love eww eww’ bak kata Mr K. Bila tgk rasa mcm , oloh suwwit sangat! *ckp smbil buat muka mintak penampar. Ckp pasal suwwit2 ni, teringat pulak kejadian dkat Uni.  Masa tu I dgn kawan I tgah tggu next lecture. Cuaca time tu hujan lebat lah. Then adalah Chinese couple lalu depan we all. Si amoi ni jalan sebelah yg kena tempias hujan lah time tu .Yg apek nya jln sebelah yg tak terkena tempias tu. Pastu, apek ni, lepas tgk awek dia kena tempias hujan dia pun tarik awek dia and tukar tempat. Sanggup tukar tempat , sanggup kena tempias. Dalam hati, amboi! gentle and suwwit betol. Tiba2 kawan I ckp perlahan je kat sebelah, suwwit sgt!. Then kitorang pon mcm, ‘Eh, ko pon nampak jugak eh ape yg aku nmpk? Suwwit kan?.. Untunglah.. Bla.. bla..’

Tp kat Uni I Chinese guy laki gentle dri Malay guy. I tak tau lah kat luar mcm mana. Huuu… Tapi bila tgk kapel Melayu buat suwwit2 dpan I rasa mcm nak bagi pelempang je. Jalan berdua , kongsi payung walau cuaca tak lah panas mana tu boleh terima lah. Yg tak boleh terima bila kat cafĂ© kau main suap2.. Hish. Sakit mato den.  Sakit hati pon ye.. Alah, ckp lah kau jeles Amalina..eheh. Sedikit jeles sbb I takdek boyfie.Ngeh3. Tapi kalau bab suap2 tu taklah. Apa nak bangganya kau main suap2 dgn yg bukan halal? Nanti dah kawen takdek beza dgn sebelum kawen. Amboi. Aura ustazah dah masuk sikit.ngeh.. Tapi betul la kan?heee..

I boleh dikatakan baru lepas menggodek utube. Tgn I tergatal tekan link cerita Vanila Coklat. Comel lah jugak tgk Izara dgn Aiman tu. Gaya Aiman tu bercakap dah mcm Iqram Dinzly I tgk.  Tapi dia tetap takleh lawan Iqram punya aura yg I suka tu.. grenggg… dah tukar mood miang ni..hahaha.Then ‘ter’tgk cerita Biar Mimpi Sampai ke Bintang. Alang2 start ’ter’tgk tu baik habiskan. Yedak?? Alah ckp jelah kau nak tgk Randy Pangalila kan? Eh, mana ada. Takdek ah.*sekeras-kerasnya deny. Poyo :P.  Dulu first time aku tgk Randy ni mcm comel hensem je kan tp lately tak ah lagi2 bila dia senyum , muka jadi pelik. Entahlah, ke I yg salah tgk. Tapi lagu dia Lewat Semesta tu totap di hati.Mcm terbuai-buai2 dgar suara dia.  Tak jemu dgar lagu tu. Best! Then, teringat kat Uni I ada student first year dapt pakwe Indon. Jgn lah byg lelaki tu muka mcm yg duduk kat rumah kongsi tu. Yg ni versi educated punya. Ensengg kot.. Yg ni mmg I dengki. =.=''. Back to basic, cerita dia biasa2 je. Mmg cerita tu fiksyen semate. Tak semua org berkawan sbb pandang harta lah weyh.  Harta tu harta bapak dia lah.  Takdek maknenye berkawan sbb org tu berharta. Lainlah kau kawan dgn org kaya then kau punya pointer  boleh dpt tinggi. Kalau mcm tu aku pon nak..huu. 

Tamatkan di sini sajalah. Nak smbung baca novel yg sudah dibeli Selasa lepas. Biasalah novel  ‘love eww eww’ ..Hihihi.. Btw, wordless lah sgt.. =.=’’

bersama jelitawan time jadi usher;MTUN Sports Carnival Dinner

Salam Ukhuwah.

Sunday 1 January 2012

ke'rindu'an , ke'tekan'an & ke'peperiksa'an

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama tak mengupdate dan sedang stress, kali ni post nak buat gaya lain sikit. bukan lagi versi membebel berkajang- kajang.

KERINDUAN

1. Saya rindu kawan-kawan sekolah dan matriks saya. Seriously.

2. Walaumacam mana pun happening kawan kat sini sy tetap rindukan kalian.

3. Tetap rindu nak keluar 'hangout' tgk movie n berkaraoke dgn kalian walaupun hangout dgn dey all kat sini. Tak sama.. =.=''

KETEKANAN



1. Tertekan utk final ESOK. Pegang Organic ingat Mechanic. Pegang ODE ingat Analytical Chemistry.

2. Tertekan sbb takut target pointer tak tercapai.

3. Tertekan tgk carry mark yg tak berapa nak carry.

4. Tertekan selagi program fakulti kesayangan tak terlaksana lagi. haih..

KEPEPERIKSAAN


1. Exam E.S.O.K !!

2. Doakan kejayaan saya ya sahabat-sahabat.

3. Semoga ditenangkan hati & di tajamkan akal fikiran

4. Cuak nak exam pon dah campur sekali nih

berfoya sebentar berkaraoke.ngeh2. Lokasi:Wow Box Terminal.

p/s: All the best kpd rakan-rakan yang disayangi yang nak exam tu. Sy sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Hugss~   >.<