Thursday 22 August 2013

Di sebalik The Conjuring




Assalamulaikum w.b.t
Aku taknak kasi ucapan pendahuluan nak komen pasal berapa lama aku tak post entri.  We go straight to the actual thing I wanna talk about.

Yeah. Memang entri ni akan cakap pasal disebalik the conjuring. Alaa.. cerita hantu yang sebulan box office kat pawagam tu. Satu-satunya cerita hantu omputih yang berjaya tarik aku tengok kt pawagan. Dua kali aku pergi tengok okey. Hahahaha.. Cakap pasal sebalik- sebalik ni, aku tertarik dgn director cerita ni sbnarnya. James Wan. Kira dia di sebalik cerita ni lah kan. Org duk bising kata dia ni pengarah dari Malaysia. Sejujurnya sebelum cerita The Conjuring ni dikipas habis masa promotion cerita ni, kira memamg tak kenal langsung lah James Wan ni. Tp aku salute dgn promotion cerita ni ekceli sbb tiba-tiba James Wan ni femes. Tup tup kata dia ni Malaysian. Untuk mengetahui yang mana haq dan batil, aku pun search lah pasal James Wan. He is Malaysia-BORN Australian GUY yang sangat famous dengan hasil kerja beliau dalam industri filem antarabangsa. Tp kenapa dia femes sekarang? Nama beliau sangat sebati lah kata orang dengan filem genre seram+ kejam ni. Lepas menggoogle pasal beliau aku barulah dapat tahu yang beliau ni lah yang create cerita SAW. Haah Saw yang korang tengah fikir sekarang ni lah.Idea beliau lah yg buat Billy puppet yg scary yg berckp nganga tutup nganga tutup tu yang ' I want to play a game' tu.

Jadi aku pun macam ‘WOW’ sbb dia berjaya pada umur yang sangat muda. Banyak lagi cerita yg agak famous hasil air tangan beliau macam Insidious. Sekarang dia working on new movie. Katanya Insidious 2 and Fast Furious 7. Wah, mmg hebat anak kelahiran Malaysia. Tp aku tak nak berbangga dgn nama anak kelahiran Malaysia dia tu. Dia dilahirkan kat Kuching Sarawak tp membesar di Aussie dan memiliki kewarganegaraan Aussie. Jadi nya tak boleh nak cop dia anak Malaysia sepenuhnya. Hasil didikan berlatarbelakangkan negara Australia yg mana sangat boleh di puji cara pembelajrannya dan membesar dengan keadaan sekeliling di sana membuatkan dia bukan anak Malaysia 100% .  Mesti ada yang marah lah aku cakap macam ni. Pada aku dia bukan macam Datuk Michelle Yeoh yangg mana anak Malaysia yang cipta nama di antarabangsa. Dengan membesar di Malaysia. Yang tu aku mmg boleh bangga. ANAK MALAYSIA! Okay lah. James Wan ni mmg Malaysian lah asalnya tp sebab dia dia menetap di Aussie menyebabkan dia mohon warganegara Aussie. Tp rata- rata orang cop dia PENGARAH MALAYSIA. Ak usbnarnya bukan nak bengang sangat org ckp dia pengarah Malaysia tu. Pada aku org macam tu kira x buat homework *ewah atau mmg suka terima je apa orang sekeliling cakap tanpa usul periksa. Tu lantak depa lah. Tp yang buat aku baran sebenarnya yang mencemuh tu. Tu yang aku buat status twitter yang aku rasa buat ramai orang terasa tu. Kata mama aku, kalau aku tak bercakap takpe. Tp kalau aku bukak mulut mmg mulut aku tajam. Sama maca aku menulis.

Bukan cemuh apa, aku ada terbaca post kat twitter yg di RT oleh junior sekolah aku. Tweet  dia lebih kurang macam ni lah, ‘Pengarah dari Malaysia rupanya the conjuring tu patutlah cerita dia hambar bla.. bla.. bla..’ . Mahu tak menyirap? Bengang betul dengan budak2 sekarang. Dia sbnarnya secara tak langsung nak kutuk negara sendiri. Pada dia semua hasil tangan orang Malaysia ni semua mmg buruk busuk lah. Aku bukan nak puji sangat pengarah filem kat Malaysia ni. Ada yang bagus. Ada yang buat cerita macam sampah! Aku lebih nak puji penerbit2 filem yang percaya dgn hasil kerja orang muda dan berani buat cerita lain dr yang lain. Macam cerita KIL. Walaupun cerita tu tak over mana pun promotion dia, filem tu tetap ada peminat nya sendiri. Sekarang makin banyak karya indie yang di bawa naskahnya ke layar perak dan mempunyai peminatnya sendiri . Yang tu aku suka.

Sebenarnya aku sangat pelik dgn mentaliti orang Malaysia sekarang. Yang dalam Negara nisemua buruk, semua tak cantik. Negara disalahkan instead of personal. Agaknya dia nak ikut resmi pisang lah. Satu busuk setandan lah busuk. Jadi semua dibuang. Jangan jadi macam tu. Aku rasa sempat lagi kita ubah mentaliti kita. Nak ke anak2 kita akan datang jadi cemni? Tengok? Dengan statement pengarah Malaysia tu memburukkan nama Malaysia. Mmg James Wan tu Malaysian born tp dia bukan truly Malaysia tau.
Penat ah menaip. Tengok ah kalau aku rajin aku menaip lagi. Tahun depan ke kan. Haha..


p/s : ekceli nak suruh engkorang tengok cerita Tanda Putera. Engkorang akan lebih menghargai pemimpin negara. Peimpin negara dulu-dulu maksud aku 
                                Selamat Hari Merdeka!