Thursday 22 August 2013

Di sebalik The Conjuring




Assalamulaikum w.b.t
Aku taknak kasi ucapan pendahuluan nak komen pasal berapa lama aku tak post entri.  We go straight to the actual thing I wanna talk about.

Yeah. Memang entri ni akan cakap pasal disebalik the conjuring. Alaa.. cerita hantu yang sebulan box office kat pawagam tu. Satu-satunya cerita hantu omputih yang berjaya tarik aku tengok kt pawagan. Dua kali aku pergi tengok okey. Hahahaha.. Cakap pasal sebalik- sebalik ni, aku tertarik dgn director cerita ni sbnarnya. James Wan. Kira dia di sebalik cerita ni lah kan. Org duk bising kata dia ni pengarah dari Malaysia. Sejujurnya sebelum cerita The Conjuring ni dikipas habis masa promotion cerita ni, kira memamg tak kenal langsung lah James Wan ni. Tp aku salute dgn promotion cerita ni ekceli sbb tiba-tiba James Wan ni femes. Tup tup kata dia ni Malaysian. Untuk mengetahui yang mana haq dan batil, aku pun search lah pasal James Wan. He is Malaysia-BORN Australian GUY yang sangat famous dengan hasil kerja beliau dalam industri filem antarabangsa. Tp kenapa dia femes sekarang? Nama beliau sangat sebati lah kata orang dengan filem genre seram+ kejam ni. Lepas menggoogle pasal beliau aku barulah dapat tahu yang beliau ni lah yang create cerita SAW. Haah Saw yang korang tengah fikir sekarang ni lah.Idea beliau lah yg buat Billy puppet yg scary yg berckp nganga tutup nganga tutup tu yang ' I want to play a game' tu.

Jadi aku pun macam ‘WOW’ sbb dia berjaya pada umur yang sangat muda. Banyak lagi cerita yg agak famous hasil air tangan beliau macam Insidious. Sekarang dia working on new movie. Katanya Insidious 2 and Fast Furious 7. Wah, mmg hebat anak kelahiran Malaysia. Tp aku tak nak berbangga dgn nama anak kelahiran Malaysia dia tu. Dia dilahirkan kat Kuching Sarawak tp membesar di Aussie dan memiliki kewarganegaraan Aussie. Jadi nya tak boleh nak cop dia anak Malaysia sepenuhnya. Hasil didikan berlatarbelakangkan negara Australia yg mana sangat boleh di puji cara pembelajrannya dan membesar dengan keadaan sekeliling di sana membuatkan dia bukan anak Malaysia 100% .  Mesti ada yang marah lah aku cakap macam ni. Pada aku dia bukan macam Datuk Michelle Yeoh yangg mana anak Malaysia yang cipta nama di antarabangsa. Dengan membesar di Malaysia. Yang tu aku mmg boleh bangga. ANAK MALAYSIA! Okay lah. James Wan ni mmg Malaysian lah asalnya tp sebab dia dia menetap di Aussie menyebabkan dia mohon warganegara Aussie. Tp rata- rata orang cop dia PENGARAH MALAYSIA. Ak usbnarnya bukan nak bengang sangat org ckp dia pengarah Malaysia tu. Pada aku org macam tu kira x buat homework *ewah atau mmg suka terima je apa orang sekeliling cakap tanpa usul periksa. Tu lantak depa lah. Tp yang buat aku baran sebenarnya yang mencemuh tu. Tu yang aku buat status twitter yang aku rasa buat ramai orang terasa tu. Kata mama aku, kalau aku tak bercakap takpe. Tp kalau aku bukak mulut mmg mulut aku tajam. Sama maca aku menulis.

Bukan cemuh apa, aku ada terbaca post kat twitter yg di RT oleh junior sekolah aku. Tweet  dia lebih kurang macam ni lah, ‘Pengarah dari Malaysia rupanya the conjuring tu patutlah cerita dia hambar bla.. bla.. bla..’ . Mahu tak menyirap? Bengang betul dengan budak2 sekarang. Dia sbnarnya secara tak langsung nak kutuk negara sendiri. Pada dia semua hasil tangan orang Malaysia ni semua mmg buruk busuk lah. Aku bukan nak puji sangat pengarah filem kat Malaysia ni. Ada yang bagus. Ada yang buat cerita macam sampah! Aku lebih nak puji penerbit2 filem yang percaya dgn hasil kerja orang muda dan berani buat cerita lain dr yang lain. Macam cerita KIL. Walaupun cerita tu tak over mana pun promotion dia, filem tu tetap ada peminat nya sendiri. Sekarang makin banyak karya indie yang di bawa naskahnya ke layar perak dan mempunyai peminatnya sendiri . Yang tu aku suka.

Sebenarnya aku sangat pelik dgn mentaliti orang Malaysia sekarang. Yang dalam Negara nisemua buruk, semua tak cantik. Negara disalahkan instead of personal. Agaknya dia nak ikut resmi pisang lah. Satu busuk setandan lah busuk. Jadi semua dibuang. Jangan jadi macam tu. Aku rasa sempat lagi kita ubah mentaliti kita. Nak ke anak2 kita akan datang jadi cemni? Tengok? Dengan statement pengarah Malaysia tu memburukkan nama Malaysia. Mmg James Wan tu Malaysian born tp dia bukan truly Malaysia tau.
Penat ah menaip. Tengok ah kalau aku rajin aku menaip lagi. Tahun depan ke kan. Haha..


p/s : ekceli nak suruh engkorang tengok cerita Tanda Putera. Engkorang akan lebih menghargai pemimpin negara. Peimpin negara dulu-dulu maksud aku 
                                Selamat Hari Merdeka!

Tuesday 23 October 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum..
In The Name Of Allah The Beneficent and The Most Merciful

I'm busy nowadays with all the assignments, classes, tests, programs and all those Student Representative Council Secretariat works. Busy. Busy. Busy. But Alhamdulillah because with all those stuff it make me become a person. Better person actually in many aspects. That make my life.

I hope my circumstances not distance my relationship with my family, friends and the most important Allah S.W.T. Hope Allahwill always give me strength.

Sorry everyone.
Thanks Allah.




See you when I see you. Lovee..

Sunday 24 June 2012

Roti & Kaya, Teh & Gula


Assalamualaikum w.b.t

  Kabare semuanya? Harapnya waras belaka. Lama gila rasa tak menulis. Alhamdulillah, cuti akhir sem dah start selepas mcm orang gila struggle untuk final. Tapi cuti 3 bulan I kali ni mungkin tak macam kebanyakan kawan- kawan yg lain.

  Lepas je paper last minggu lepas, I ada misi yg perlu di buat. Baru- baru ni, semua org maklum yg diploma student start belajar dan daftar kt uni I, so I sebagai salah seorang fasilitator *ehemmm bertanggungjawab utk memastikan flow yg dirancang berjalan dgn lancar.. FYI,  student dip. hari orientasinya 2 hari je. Takyah nak je sgtla sbb tahap letih dan tensionnya mcm boss suruh siapkan proporsal yg diberi pkul 4 ptg dan kena hantar pkul 8 pg esoknya . Post mortem unit 4 hari berturut and I slept at 3 a.m  and woke up at 5.30 a.m for almost 5 days. Jd tahap kewarasan diri menurun secara mendadak. Tmbah lagi dgn tetiap mlm kena marah dgn fasi senior lain. Pastu lepas kena marah kena paksa senyum dgn ikhlas  pulak tu.Tak ke gilo?? Tp kelegaan lepas budak2 dip masuk tu tkyah kata lah. Rasa mmg terlepas beban kat bahu.

  Tapiii.. haaa..Jgn risau ada lagi tapinya. Ingat lepas Hari Suai Kenal tu kononnya boleh balik rumah rileks2 la kan. Tp I ada kem 5 hari pulak prepare utk intake degree student pulak.  3 hari 2 malam kat Duta Village berkampung. Dengan ceramahnya, tips fasinya, perbincangan gerak kerjanya, pembentangan kat para pegawai lagi. Mmg memerah keringat otaklah, nasib baik dpt duk chalet tepi pantai FREE jd hasil kerjanya berkualiti. Bijak UMP ni bg rasuah. Keh3. Tmbah pulak dinner malam kedua ada kambing panggang. Lagilah kualitinya bebaloi-baloi.  ekeke..

  Lepas tu, we all ada kem jati diri kat Kem Bina Negara Kuala Lipis. Dapat bayang tak keterseksaan kem yg dikatakan mcm tentera tu? Aiyoo.. mula dengar rasa mcm nak quit, tapii..Kem Bina Negara mmg terbaikkk! Tipulah siapa ckp kena ranging tu semua. Jd kita dpt beza antara persepsi dan reality. Bila org kata BTN kita punya persepsi lain tp realiti sebenarnya lain. Ilmu yg dpt mmg berfaedah. Fun gilaa.. Kt BTN nilah first time I buat rapelling. Mmg best lah.Yg paling I suka sekali, I dpt new family and I start to love this family. Fasilitator’s Family. I got new kakak, abang, adik, amoi, apek, tanggeci. Haha.. Kira semualah.  Dey all mmg sporting tahap tak hengat.

  Kt Kuala Lipis we all buat Amazing Race Kuala Lipis. Satu Kuala Lipis we all pusing nyah.. Tak di buat orang nokss. Ahaks. Macam2 benda we all kena buat, termasuklah tangkap & siang ikan keli. I dah lah tak pernah main ikan keli nih. Mmg kejam lah task dia kasi. 4 kali ulang alik lalu Hospital Kuala Lipis, sampai bukan je jalan biasa tp sampai tahap short cut kat pekan Lipis tu pun dah bolah hafal.

  I takleh nak attached pic sbb Willy tak upload kt fb lg. Dia ckp ada thosands pic we all sepanjang seminggu ni. Lain kali, insyaAllah I attached pic sebanyak mungkin. Kulit muka dah terbakar mcm ayam panggang dah sekarang. Jadi I ambik keputusan nak duk rumah je takmau kuar sbb muka hitam. Ngeh. Badan mmg sakit2 tahap tak hengatlah. Kalau tidor sehari semalam tanpa makan minum ni pun belum tentu cukup ni. Penat sangat.
Jadi cukuplah I berleter. Tp kira ok lah sbb I post sebulan sekali je kan. Ekeke.  J

See you when I see you..


We like roti & kaya, teh & gula


Monday 21 May 2012

Ingin mencari pekerja? Klik sini..

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar readers? Ya Allah. Lama gila tak menulis entri. Entri sotong berlada tu pun dah bersawang-sawang da. Haha..

Amacam uollz yg dh nak final? mesti sibuk gila tahap cipan kan? Kita pun sama. Kerja berlambak. Berkoyan. Berkajang. * Nak tunjuk banyak la ni kononnya. HAHA.
Tajuk entri tak leh blah kan? kan? Nak tahu sbb apa? Macam ni, kita smua tahu yg market kini memerlukan pekerja yg boleh membuat banyak tugas dlm satu masa dan hasilnya wajiblah perfect, tiptop dan siap tepat pada waktunya or in other word is multitasker. Jadi I nak iklankanlah diri sendri . Huwahahaha.

Kita buat ala2 resume tentang kebolehan multitask yg I ada. Nyiahahaha.

Kerja- kerja yg perlu dibuat dan tempat yg perlu dihadiri minggu ini dan minggu dpan. (kerja tu termasuklah test & presentation).

- Chemical Lab Test
- Biochemistry Presentation
- Introduction to Chemical Engineering Test
- Basic Biology Test
- Ethnic Relation Assignment
- Statistik
- Bengkel Hari Suai Kenal Fasilitator 2012/2013
- General Meeting Hari Suai Kenal
- Sabtu & Isnin off to Putrajaya bye2 kUanTaN 2 hari I tggal U.

Ok. Ni sahaje. SAHAJEE!! Gila lah. I'M A MULTITASKER. Bagus betul uni I ni. Mendidik dan melatih studentnya menjadi seorang multi tasker. ngehee. So hire me!! kih3. Sudah cukup sudah kau merapu.eceh dah mcm lirik lagu.. nak smbg buat kerja pastu mkn pastu tidor. benda yg dua belakang tu tak prnah lupa .hehe

senyuman ikhlas dr saya dan zahidah. Good Luck Uollzz

Good Luck utk semua rakan2 seperjuangan and my bebigirls (konon nak tiru DenaBahrin) yg kt shah alam, sarawak, tanta, kat c3 ump.haha. eh.eh. awk yg kt sinun pun. Jaga diri. Babai



ni gambar org gilesbb tension. sila tutp dgn tangan sendiri kalau x sggup tgk. 


See u when I see u. :)  Serius rindu korang

Tuesday 3 April 2012

Nyum.Nyum.Nyum

Assalamualaikum. w.b.t

Sihat semua? Hihi..rindu gila kat lappy kt fb kat twitter. 4 hari tak on sbb I pi trekking kt Gunung Arong Mersing..Baru balik semalam. Pengalaman manis yg tak terungkap dgn kata2...Amboii ayatt.. Sbnrnya I dah lama tak balik rumah. Rindu tu takyah nak kata lah. Org duduk KL & Terengganu dua kali balik I skali pun tak balik rumah. Tabah gila. Rasa nak mkn masakn kat rumah tak payah nak kata lah. Mmg membuak-buak..ngeh. So pg tadi I bukak peti. Takdeklah pg sgt tgah hari dah pun.keh3. Tgk dlm peti ada sotong so terus pasang azam nak buat masak sambal sotong.. Dan akhirnya berjaya! Yeay!! Tak kisah lah janji dapat makan nasi kat rumah.haha.

rupa tu dah ok dah kan? rasa je tak tahu lagi. tp percayalah mmg sedap..masuk bakul bawak jenjalan sendiri betul.hee

tu je tujuan post ni hah.haha.post lpas ni InsyaAllah pasal experience I pi trekking.Tggu Lahm upload semua pic kat fb dulu..ngehe..

Ada jodoh kita jumpa lagi okeh. Tata.. >.<

ni I bg intro sikit utk post kan datang. hee  >_<

sebelum habis bicara.ni ada pesanan utk rakan yg tersayang nun jauh di Bumi Kenyalang..Get well soon ya. Jgn bg org kt Kuantan ni risau2. Apa yg jd mesti ada hikmah. InsyaAllah. Percaya janji Allah. Dia bg sakit selalunya kat org yg Dia sayang. InsyaAllah. Jaga diri. Love U. Miss U.

Monday 26 March 2012

Keayuan Kian Pudar

Assalamualaikum w.b.t

Kabare? Waras? Alhamdulillah..hehe Seriously entri kali ni mmg random. Percayalahhh.. * Siti Nurhaliza.

Hari ini rasa malu gila dgn diri sendiri. Dalam kelas Technical English, Madam Ruhil divide us into several group and dia kasi task. Nak jd cerita I nk tanya lah soalan kt sorang budak laki dlm group I so mcm biasalah. ' Eh, KAU.... bla.bla.bla.' habis bertanya. Then tiba2 budak lelaki tu tanya kat I , ' Budak kimia kan? AWAK amik EM sem ni eh?' Nampak tak perkataan yg I bold kn tu? I as a girl guna kau aku dgn dia last dia pggl I awak. Malu gila dgn diri sendiri. Konon perempuan nak tunjuk brutal lah kan. Taknak kalah dgn lelaki. Taknak kena buli. Sekali amik kau! Tp budak lelaki tu gaya dia mcm bukan jenis yg ber'awk saya'. Malu di situ. Hanya Allah SWT je yg tahu.

Malam Sabtu yg I balik lambat tu pun terkantoi dgn senior lelaki yg I kenal time sama- sama jd sukarelawan. Sbb dah kenal so setiap kali jumpa kira tegur- menegur lah kan. Tp I senyum kira style perempuan Melayu terakhir lah kan. Sekali tu time I nak pnjat pagar sbb balik lambat tu terserempak dgn dia sbb dia hntar kawan dia yg nk pnjat pagar jugak. Time tu sbb matlamat dlm kepala kira nak lpas balik bilik je. I pon redah panjat. Habis dah I punya bajet Wanita Melayu tu.. Leburrrr..

Tapi kan biar apa pun org yg tak kenal kita nak judge kita suka hati dey all lah. Janji org yg kenal kita tahu hati budi kita mcm mana. Biar pun brutal, kasar tp dlm hati sbnarnya kita ni lembut penyayang..Yedak? hihi..


member I ckp reaksi I legend.haha.sumpah tak buat dah mcm gini.GILA.

Baik org cakap perempuan Melayu terakhir tak jd dari org ckap kau bajet muslimahhhh..sentap aku smpai sekarang terasa lagi..

Sunday 25 March 2012

Gegirls. Nite . Out

Assalamualaikummmm..

ermmm..k fine. selalu mcm tu bila nak start menulis blog. tk reti nk start mcm mana. Macam ni lah senang. Sekarg tgah prepare nk test before mid sem break. YaAllah, kurniakanlahlah daku ketenangan hati, ilham para malaikat dan hafazan para rasul. Aminnn..

nak jd cerita... semalam tiba- tiba terasa nak kunyah mcm-mcm.Kalau senang nk dpt takpa jugak. Ni terpaksa ke bandar Palma yg indah itu.. On the spot member pi cari kereta sewa. Terbaikk lah u Aliaa..haha. Malam tu jgak keluar.. Sanggup berhabis sbb makanan. Mmg gila lah kau. Plan nak mkn mcm2 ni..Dlm kepala terbyg dah Paratha Hot&Roll menari dangdut.kiki. Apa lagi stesen pertama ktorg ialah ECM laaa..

Ckp bnyk pun tak guna yedak?? Meh2 I tunjuk gmbar BBQ Chicken yg seksi ni. Si Shila mkn Chese Chicken. Aliaa pi tibai Beef BBQ tak silap. mmg nyummeh laaaa..

serius lazat..hihi

Then, Shila nak mkn Crispy Popiah. Yang ni nyummeh jugakk. *ape je tak nyummeh nye kat kau Amalina??

                                                                mkn dgn chopstick tu yg pentingnyee..hihi..

Next, we're heading to TC nak mkn nasi + tomyam campur + kailan ikan masin + sambal belacan + fresh juice..ecewwahh. Nasi I je yg habis licin. Bak kata Shila, ' Kau mmg melantak betul malam ni Ama' hehe..nsiblahh..

Dah kenyang2 pi duduk tepi pantai tgk ombak..Best lah.. Best..Sejam jugak lah lepak tepi pntai tu. Aliaa siap tido lagi kat ats pasir tu. Lena kott..huhu. I dgn Shila borak2, melayan perasaan, tgok bintang smbil igt kat tettt....hish mana ada.korang pk apa ni? I igt kat mama kat rumah laaa..cover weyh cover.hihi.

Then before balik, melantak Mc Flurry lagi..Gila lah kau.GILA!

Ktorg balik lewat. Pagar kolej dah dikunci soooo.. apa lagi panjat laa.. YaAllah apa nak jadi ni. Tnduk dah start nak tumbuh dah. Dulu time sekolah tak cukup buat jahat. Banyak halangan.. ekeke.. Tu jelah nak cerita. Saja nak bnykkn post..ngeh

Okbai. See u when I see u..hehe ^_^